/>

Wednesday 24 October 2012

BELAJAR PERIBAHASA



Peribahasa
Hasil Pembelajaran
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat
1. Mengenal pasti dan menyatakan jenis-jenis peribahasa.
2. Menyatakan maksud peribahasa yang diberikan.
3. Menyusun kata hikmat dengan betul.
4. Mengisi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.
5. Memilih jawapan yang betul bagi soalan peribahasa yang diberikan.

Menurut Md. Ishak A. Rahman (2005:43), peribahasa dalam pembentukan frasa boleh dikelompokkan sebagai golongan kata atau frasa yang terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif serta frasa sendi nama dan kata Bantu. Seperti binaan ayat dasar yang lain, peribahasa jenis frasa nama sahaja yang boleh menjadi subjek dalam ayat (Md. Ishak A. Rahman, 2005:43). Peribahasa frasa nama boleh juga menjadi predikat ayat. Sementara frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama hanya boleh berada sebagai predikat atau penerang ayat (Md. Ishak A. Rahman, 2005:43)
 
Frasa Nama
Frasa Kerja
Frasa Adjektif
Frasa Sendi Nama
Bumi mana tidak ditimpa hujan
Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi
Indah khabar dari rupa
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Pelanduk dua serupa
Mencurahkan garam ke laut
Bulat hati
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Menanam tebu di bibir mulut
Jauh hati

Lembu punya susu, sapi dapat nama
Ukur baju di badan sendiri
Keras kepala


Membaca itu jambatan ilmu
Lembut hati



Putih mata



Tawar hati


Frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama sebagai predikat atau penerang ayat.
Contoh ayat seperti berikut:
 1. Setelah sekian lama merantau di negeri orang, dia pulang ke tanah airnya, bak kata pepatah
     setinggi terbang bangau hinggap di belakang kerbau juga.
 2. Dia pandai menanam tebu di bibir mulut tetapi niat di sebaliknya.
 3. Mira seorang yang lembut hati.

LATIHAN: SILA LAYARI WEB INI ....

 http://www.zoom-a.com/

SEKITAR SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN











MARI BELAJAR KATA GANTI NAMA



Kata Ganti Nama

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kata ganti nama dibahagikan kepada dua sub-
golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 88).
i)        Kata ganti nama tunjuk
ii)       Kata ganti nama diri
Ganti nama diri pula dibahagikan kepada ganti nama diri orang dan ganti nama diri tanya.
Ganti nama diri orang terdiri daripada ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang
kedua
dan ganti nama diri orang ketiga. (Nik Safiah Karim, et al : 1989 : 63)
Kata Ganti Nama Tunjuk:
Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti pada kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujukkan itu (Nik Safiah Karim, 1989 : 64). Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjukkan pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan ada yang jauh.

Kata Ganti Nama:
Kata ganti nama diri dibahagikan kepada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.
 
Kata Ganti Nama Diri Pertama
Penggunaan
Contoh Ayat
Aku
Merujuk kepada diri sendiri
Aku hendak pergi ke perpustakaan
Beta
Digunakan oleh kerabat diraja
Beta berharap negara bertambah maju dan makmur.
Hamba
Merujuk kepada diri sendiri
"Hamba mohon ampun daripada baginda," kata Hang Tuah
Kita
Merujuk diri sendiri dan diri orang kedua
"Kita akan berkelah di Port Dickson," kata Ahmad kepada Azri.
Kami
Merujuk diri dan rakannya apabila bercakap dengan orang kedua
"Kami diminta membersihkan bilik darjah,"kata Amin dan Ali kepada Zulkifli.
Saya
Merujuk diri sendiri
Saya dilantik menjadi ketua darjah dalam kelas 2 Arif.


Kata Ganti Nama Diri Kedua
Penggunaan
Contoh Ayat
Anda
Merujuk diri orang kedua
Anda dikehendaki beratur ketika menaiki LRT.
Awak
Merujuk diri orang kedua
Awak disuruh membersihkan bilik darjah.
Engkau
Merujuk diri orang kedua
Engkau hendak pergi ke kedai buku?
Kamu
Merujuk diri orang kedua
Kamu mesti belajar dengan lebih tekun.

Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Penggunaan
Contoh Ayat
Beliau
Digunakan untuk merujuk orang yang dihormati
Beliau dilantik menjadi pegawai penerangan.
Baginda
Digunaan untuk kerabat diraja
Baginda telah berangkat ke luar negeri.
Dia
Digunakan untuk diri orang ketiga
Dia datang awal ke pejabat sekolah
Mereka
Bilangan orang lebih daripada seorang
Pentas dihiasi oleh mereka dengan cantik.