/>

Thursday, 8 December 2011

KATA SENDI NAMA TAHUN 4


Pada akhir pelajaran, diharapkan murid-murid akan  dapat menguasai :
 

1. Mengenal pasti dan menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 kata sendi
    nama dalam petikan
2. Mengisi tempat kosong dengan kata sendi nama yang sesuai
3. Menggunakan kata sendi nama yang sesuai dalam ayat.
4. Membina satu ayat tunggal dengan menggunakan kata sendi nama
    dengan betul.
5. Menyatakan perbezaan penggunaan kata sendi nama.
 

Kata Sendi Nama

Kata Sendi Nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan
kata atau frasa-frasa dan ayat. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu
(Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 252), kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya
di hadapan frasa nama. 
Contoh kata sendi nama ialah.
 
di bagai laksana antara ke demi
sejak untuk dari tentang terhadap dengan
daripada seperti akan dalam kepada bagai
oleh sampai pada umpana hingga -

Kata sendi nama terletak di depan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama dan dipisahkan daripada perkataan yang mengikutnya. Kata sendi nama ialah perkataan yang digunakan untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.



Kata Sendi Nama Penggunaan Contoh Ayat
Di Menunjukkan tempat
Tidak boleh digunakan untuk menunjukkan masa
Ah Geok tinggal di Perak
Ke Menunjukkan tempat arah dan masa Dia hendak pergi ke Kedah pada bulan hadapan.
Ekspo Kerjaya ini dibuka dari pukul 10.00 pagi hingg ke pukul 5.00 petang.
Dari Menunjukkan tempat dan masa David berasal dari Pulau Pinang
Ahmad menunggu kawannya dari pukul tiga petang tadi.
Hingga Maksud had masa Amin bekerja dari pagi hingga petang.
Dengan Maksud bersama-sama Ayah pergi ke pasar dengan adik
Daripada Tempat datangnya sesuatu
Asal kejadian sesuatu benda
Perbandingan
Chandran menerima surat itu daripada abangnya.
Baju batik ini diperbuat daripada benang sutera.
Bangunan Maybank lebih tinggi daripada bangunan itu.
Pada Menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.
Keterangan waktu.
Lukisan itu digantung pada dinding.
Hujan turun dengan lebat pada pagi semalam.
Kepada Menunjukkan arah, tempat orang yang ditujui. Surat jemputan itu ditujukan kepada pengerusi persatuan.
Bagi / Untuk Menunjukkan tujuan sesuatu itu dilakukan Hari Kantin diadakan bagi / untuk mengisi tabung kewangan sekolah.
Sejak / Sementara Menunjukkan waktu / masa Sejak pagi tadi, Munira asyik termenung saja.
Terhadap Merujuk kepada unsur yang melibatkan penyambut yang tertentu. Setiap pemuda mestilah menanam rasa hormat terhadap orang yang lebih tua.
Antara Digunakan di depan kata nama yang membawa maksud Antara makanan yang dihidangkan ialah sate.
Dalam Sendi nama "di" atau "ke", "dalam" berfungsi untuk menunjukkan arah / tempat. Seok Hwa berada di dalam bilik bacaan.
Daniel masuk ke dalam rumahnya.
Demi Menunjukkan maksud tujuan Kita mesti sanggup berkorban demi negara yang kita cintai.
Tentang Maksud perkara atau hal yang dilakukan Encik Ahmad memberitahu pelajarnya tentang latihan bola sepak yang akan diadakan pada hari Selasa.
Oleh Maksud sebab Murid-murid yang ponteng sekolah itu berjaya ditangkap oleh guru disiplin.
Akan Menunjukkan maksud "kepada" atau "terhadap" Amidi rindu akan keluarganya di Sabah.


Wednesday, 7 December 2011

PENGAJARAN KATA GANDA.


Objektif yang ingin dicapai pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
 
1. Mengenal pasti jenis-jenis kata ganda.
2. Membina ayat yang betul dengan menggunakan kata ganda.
 
Kata Ganda
Penggandaan ialah cara membina perkataan dengan mengulang seluruh atau separuh daripada
satu kata dasar (Koh Boh Boon, 1999:47). Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu
(Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 49), kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan
menggandakan atau mengulang kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara
seluruh atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.Berdasarkan gambar rajah 
di bawah, dapatlah disimpulkan bahawa kata ganda terbahagi kepada 4 bahagian:
 





Kata Ganda Penuh Kata Ganda Separa Kata Ganda Berimbuhan Kata Ganda Berentak
Buku-buku Jejentik Tolong-menolong Bukit-bukau
Meja-meja Lelangit Hormat-menghormati Gunung-ganang
Guru-guru Lelaki Sayang-menyayangi Gotong-royong
Peserta-peserta Popohon Bantu-membantu Semak-samun
Murid-murid Kekura Kasih-mengasihi Riuh-rendah
Penggandaan Sepenuh
Seluruh kata dasar diulang
Penggandaan Separah
Mengulang sebahagian daripada kata dasar
Penggandaan Berimbuhan
Setengah-setengah perkataan berimbuhan mengalami penggandaan separa dengan mengulang bahagian perkataan yang merupakan kata dasarnya (Koh Boh Boon, 1990:48)
Penggandaan Berentak
Membina perkataan dengan mengulang kata dasar berdasarkan rentak atau irama kata dasar.
LATIHAN YANG BOLEH DIBUAT OLEH MURID-MURID DI SINI:

www.zoom-a.com