Wednesday, 24 October 2012
MARI BELAJAR KATA GANTI NAMA
Kata
Ganti Nama
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kata ganti nama dibahagikan kepada dua sub-
golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 88).
i) Kata ganti nama tunjuk
ii) Kata ganti nama diri
Ganti nama diri pula dibahagikan kepada ganti nama diri orang dan ganti nama diri tanya.
Ganti nama diri orang terdiri daripada ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang
kedua dan ganti nama diri orang ketiga. (Nik Safiah Karim, et al : 1989 : 63)
Kata Ganti Nama Tunjuk:
Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti pada kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujukkan itu (Nik Safiah Karim, 1989 : 64). Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjukkan pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan ada yang jauh.
Kata Ganti Nama:
Kata ganti nama diri dibahagikan kepada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.
Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti pada kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujukkan itu (Nik Safiah Karim, 1989 : 64). Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjukkan pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan ada yang jauh.
Kata Ganti Nama:
Kata ganti nama diri dibahagikan kepada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.
|
Kata Ganti Nama Diri Pertama
|
Penggunaan
|
Contoh Ayat
|
|
Aku
|
Merujuk kepada diri sendiri
|
Aku
hendak pergi ke perpustakaan
|
|
Beta
|
Digunakan oleh kerabat diraja
|
Beta
berharap negara bertambah maju dan makmur.
|
|
Hamba
|
Merujuk kepada diri sendiri
|
"Hamba
mohon ampun daripada baginda," kata Hang Tuah
|
|
Kita
|
Merujuk diri sendiri dan diri orang kedua
|
"Kita
akan berkelah di Port Dickson," kata Ahmad kepada Azri.
|
|
Kami
|
Merujuk diri dan rakannya apabila bercakap dengan orang
kedua
|
"Kami
diminta membersihkan bilik darjah,"kata Amin dan Ali kepada Zulkifli.
|
|
Saya
|
Merujuk diri sendiri
|
Saya dilantik menjadi
ketua darjah dalam kelas 2 Arif.
|
|
Kata Ganti Nama Diri Kedua
|
Penggunaan
|
Contoh Ayat
|
|
Anda
|
Merujuk diri orang kedua
|
Anda
dikehendaki beratur ketika menaiki LRT.
|
|
Awak
|
Merujuk diri orang kedua
|
Awak
disuruh membersihkan bilik darjah.
|
|
Engkau
|
Merujuk diri orang kedua
|
Engkau
hendak pergi ke kedai buku?
|
|
Kamu
|
Merujuk diri orang kedua
|
Kamu
mesti belajar dengan lebih tekun.
|
|
Kata Ganti Nama Diri Ketiga
|
Penggunaan
|
Contoh Ayat
|
|
Beliau
|
Digunakan untuk merujuk orang yang dihormati
|
Beliau
dilantik menjadi pegawai penerangan.
|
|
Baginda
|
Digunaan untuk kerabat diraja
|
Baginda
telah berangkat ke luar negeri.
|
|
Dia
|
Digunakan untuk diri orang ketiga
|
Dia datang
awal ke pejabat sekolah
|
|
Mereka
|
Bilangan orang lebih daripada seorang
|
Pentas dihiasi oleh mereka dengan cantik.
|
Monday, 15 October 2012
PENGAJARAN PENGGOLONGAN KATA
Pada akhir pelajaran, diharapkan murid-murid dapat menguasai perkara-perkara berikut:-
1. Membezakan kata nama am dan kata nama khas dalam petikan.
2. Menyenaraikan kata nama am dan kata nama khas yang
terdapat dalam
petikan.
3. Membina ayat dengan menggunakan kata nama am dan kata
nama khas.
Penggolongan Kata Nama
Golongan kata nama dikelompokkan kepada tiga kumpulan.
i) Kata
Nama Am
ii) Kata
Nama Khas
iii) Kata
Ganti Nama
Kata Nama Am:
Kata Nama Am ialah perkataan yang merujuk kepada benda-benda
atau perkara-perkara
yang umum sifatnya (Nik Safiah Karim et al: 2004 : 87).
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu, kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis
iaitu kata nama am abstrak dan
kata nama am konkrit.
Contohnya:
Kata Nama Am Abstrak: -- ketenanganan, kemerdekaan.
Kata Nama Am Konkrit: -- kaki, laut, tanah.
Kata Nama Khas:
Kata Nama Khas merujuk kepada nama ruang, binatang, tempat
dan benda secara khusus.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et.
al : 2004 : 86), kata nama
khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang
khusus dan ejaannya
berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada
dua kumpulan, iaitu
nama khas hidup
dan kata nama khas tak hidup (Nik Safiah
Karim et al : 2004 : 86).
Kata nama khas hidup
pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama
khas hidup manusia dan
kata nama khas hidup bukan manusia. (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86).
Manusia
|
Binatang
|
Tempat
|
|
Kata Nama Am
|
murid
|
burung
|
pasar
|
pekebun
|
kucing
|
padang
|
|
Kata nama khas hidup manusia
|
Kata nama khas hidup bukan manusia
|
Kata nama khas tak hidup
|
|
Kata Nama Khas
|
Ahmad
|
Lassie
|
Pahang
|
Edelina
|
Si Belang
|
Pulau
Pinang
|
|
Chandran
|
Sang
Kancil
|
Gunung
Tahan
|
Subscribe to:
Posts (Atom)