/>

Friday, 16 November 2012

IMBUHAN



Imbuhan Awalan"memperR--"

Kata Imbuhan
Maksud
Contoh Ayat
Memperlebar
Menjadi lebih
Pekerja JKR memperlebar jalan raya di Bukit Bintang.
Memperhamba
Menjadi sebagai
Ketua itu memperhamba pengikut dalam projek itu.
Mempertiga
Membahagi
Ramu mempertiga buah epal itu dengan Ramesh dan Kassim.
Imbuhan Awalan "mempeR...i"

Kata Imbuhan
Maksud
Contoh Ayat
Memperingati
Ingat terhadap
Setiap tahun, rakyat memperingati dan meraikan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos.
Memperkebumi
Mengerjakan / mengusahakan
Dia memperkebumi tanah yang diwarisi daripada ayahnya.
Imbuhan Awalan "mempeR...kan"
Kata Imbuhan
Maksud
Contoh Ayat
Memperbetulkan
Melakukan / membuat
Guru itu memperbetulkan kesalahan ejaan dalam penulisan karangan murid-muridnya.
Mempersatukan
Mengerjakan / mengusahakan
Dia berhasrat mempersatukan anak-anaknya yang tinggal berjauhan.
Imbuhan "mempeR...kan"
Kata adjektif "mempeR--" tidak diikuti dengan akhiran --kan.
Kata adjektif "mempeR--"
Salah
Betul
memperlebarkan
memperlebar
memperbesarkan
memperbesar
memperdalamkan
memperdalam
memperluaskan
memperluas

MARI BELAJAR IMBUHAN



IMBUHAN  per…an dan   pe
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat
1. Mengisi tempat kosong dengan perkataan berimbuhan "per... an" yang 
    betul dalam petikan.
2. Membetulkan kesalahan penggunaan perkataan berimbuhan "per...an"
    dalam ayat.
Imbuhan "per...an"
Ayat
Maksud
1.  Encik Azalan membeli peralatan sukan yang baru.
perkakas
2.  Perhentian bas itu telah dipindah ke Larkin.
tempat bas berhenti
3.  Penyusunan buku-buku di perpustakaan berjalan dengan lancar.
mengatur buku
4.  Bengkel penulisan itu telah dianjurkan oleh Gapena.
hasil kerja
5.  Pendengaran datuk sudah kurang jelas lagi.
daya pancaindera
6.  Pendapatannya cukup untuk menyara keluarganya.
hasil
7.  Pembuatan beg tangan mengkuang akan diusahakan secara
     besar-besaran pada masa akan datang.  
melakukan sesuatu
8.  Salah satu tempat peranginan yang terkenal di Malaysia ialah
     Pulau Pangkok.
tempat

Imbuhan "per... -an"
Maksud
pertahanan
hal bertahan
pertanyaan
hal bertanya
pelajaran
hasil belajar
pekerjaan
sesuatu yang dikerjakan
perguruan
tempat berguru
persawahan
daerah tempat terdapatnya kumpulan sawah
perindustrian
urusan tentang industri
perubatan
hal tentang ubat-ubat



Imbuhan "pen... -an"
Maksud
penggabungan
perbuatan menggabungkan
penghitungan
hal menghitung
penemuan
hasil menemukan
pemandangan
tempat memandang
pelabuhan
tempat melabuhkan
Imbuhan "pe"
Ayat
Maksud
1.  Pemandu teksi hendaklah bersopan.
Orang yang memandu.
2.  Alat pemanas air telah diturunkan harganya.
Alat untuk memanaskan sesuatu.
3.  Pemotong besi itu telah hilang.
Alat memotong sesuatu.
4.  Sejak akhir-akhir ini, dia sudah menjadi pemabuk.
perangai
5.  Pokok itu dua pemeluk besarnya.
saiz
6. Pesawah itu sedang membajak sawah dengan
    menggunakan tenggala.http://www.zoom-a.com/
Pekerjaan

SILA LAYARI LAMAN WEB DI BAWAH:
http://www.zoom-a.com/

Wednesday, 24 October 2012

BELAJAR PERIBAHASA



Peribahasa
Hasil Pembelajaran
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat
1. Mengenal pasti dan menyatakan jenis-jenis peribahasa.
2. Menyatakan maksud peribahasa yang diberikan.
3. Menyusun kata hikmat dengan betul.
4. Mengisi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.
5. Memilih jawapan yang betul bagi soalan peribahasa yang diberikan.

Menurut Md. Ishak A. Rahman (2005:43), peribahasa dalam pembentukan frasa boleh dikelompokkan sebagai golongan kata atau frasa yang terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif serta frasa sendi nama dan kata Bantu. Seperti binaan ayat dasar yang lain, peribahasa jenis frasa nama sahaja yang boleh menjadi subjek dalam ayat (Md. Ishak A. Rahman, 2005:43). Peribahasa frasa nama boleh juga menjadi predikat ayat. Sementara frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama hanya boleh berada sebagai predikat atau penerang ayat (Md. Ishak A. Rahman, 2005:43)
 
Frasa Nama
Frasa Kerja
Frasa Adjektif
Frasa Sendi Nama
Bumi mana tidak ditimpa hujan
Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi
Indah khabar dari rupa
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Pelanduk dua serupa
Mencurahkan garam ke laut
Bulat hati
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Menanam tebu di bibir mulut
Jauh hati

Lembu punya susu, sapi dapat nama
Ukur baju di badan sendiri
Keras kepala


Membaca itu jambatan ilmu
Lembut hati



Putih mata



Tawar hati


Frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama sebagai predikat atau penerang ayat.
Contoh ayat seperti berikut:
 1. Setelah sekian lama merantau di negeri orang, dia pulang ke tanah airnya, bak kata pepatah
     setinggi terbang bangau hinggap di belakang kerbau juga.
 2. Dia pandai menanam tebu di bibir mulut tetapi niat di sebaliknya.
 3. Mira seorang yang lembut hati.

LATIHAN: SILA LAYARI WEB INI ....

 http://www.zoom-a.com/