Pada akhir pelajaran, diharapkan murid-murid dapat menguasai perkara-perkara berikut:-
1. Membezakan kata nama am dan kata nama khas dalam petikan.
2. Menyenaraikan kata nama am dan kata nama khas yang
terdapat dalam
petikan.
3. Membina ayat dengan menggunakan kata nama am dan kata
nama khas.
Penggolongan Kata Nama
Golongan kata nama dikelompokkan kepada tiga kumpulan.
i) Kata
Nama Am
ii) Kata
Nama Khas
iii) Kata
Ganti Nama
Kata Nama Am:
Kata Nama Am ialah perkataan yang merujuk kepada benda-benda
atau perkara-perkara
yang umum sifatnya (Nik Safiah Karim et al: 2004 : 87).
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu, kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis
iaitu kata nama am abstrak dan
kata nama am konkrit.
Contohnya:
Kata Nama Am Abstrak: -- ketenanganan, kemerdekaan.
Kata Nama Am Konkrit: -- kaki, laut, tanah.
Kata Nama Khas:
Kata Nama Khas merujuk kepada nama ruang, binatang, tempat
dan benda secara khusus.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et.
al : 2004 : 86), kata nama
khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang
khusus dan ejaannya
berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada
dua kumpulan, iaitu
nama khas hidup
dan kata nama khas tak hidup (Nik Safiah
Karim et al : 2004 : 86).
Kata nama khas hidup
pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama
khas hidup manusia dan
kata nama khas hidup bukan manusia. (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86).
Manusia
|
Binatang
|
Tempat
|
|
Kata Nama Am
|
murid
|
burung
|
pasar
|
pekebun
|
kucing
|
padang
|
|
Kata nama khas hidup manusia
|
Kata nama khas hidup bukan manusia
|
Kata nama khas tak hidup
|
|
Kata Nama Khas
|
Ahmad
|
Lassie
|
Pahang
|
Edelina
|
Si Belang
|
Pulau
Pinang
|
|
Chandran
|
Sang
Kancil
|
Gunung
Tahan
|